Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ya, tunggu sahaja, sudah cukup jumlah – Presiden PAS
    Politik

    Ya, tunggu sahaja, sudah cukup jumlah – Presiden PAS

    adminBy admin21/11/2022Updated:21/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PERIKATAN NASIONAL (PN) telah mengumpulkan akuan bersumpah daripada lebih 112 Ahli Dewan Rakyat sebagai sokongan untuk membentuk kerajaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang.

    “Ya tunggu sahaja. Sudah cukup jumlah, melebihi daripada cukup, insya-Allah,” kata Presiden PAS itu.

    “Tunggu undangan (ke Istana Negara), pada bila-bila masa sahaja,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan kediaman Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada kira-kira 2 petang di sini hari ini. Beliau tiba pada kira-kira 11 pagi.

    Terdahulu, Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan PN telah mengemukakan akuan bersumpah daripada Ahli Dewan Rakyat, yang memberikan kepercayaan kepada Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

    Hamzah berkata jumlah surat akuan yang dihantar melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

    Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata PN akan mengemukakan akuan bersumpah daripada Ahli Parlimen hari ini, bagi membuktikan bahawa gabungan itu mempunyai jumlah yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

    PN terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Solidariti Tanah AirKu (STAR) Sabah dan Parti Maju Sabah (SAPP).

    Sementara itu, Istana Negara dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan proses bagi ketua parti-parti dan gabungan politik mengemukakan gabungan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi bentuk kerajaan baharu dan calon Perdana Menteri dilanjutkan sehingga 2 petang esok.

    Semalam, Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik untuk memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti, dan menamakan calon Perdana Menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang, hari ini.

    PRU15 berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

    PRU15 pada 19 Nov menyaksikan gabungan parti antaranya Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (73), manakala Barisan Nasional (30). – SUMBER: BERNAMA

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDi mana ‘No DAP, No Anwar’? – Ahmad Faizal
    Next Article Agenda Umno pro-DAP/PH gagal – Annuar
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.