Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 38 terbunuh dalam kebakaran di tengah China
    Global

    38 terbunuh dalam kebakaran di tengah China

    adminBy admin22/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    BEIJING | Seramai 38 orang terbunuh dan dua yang lain cedera dalam kebakaran sebuah kilang di tengah China, lapor media pemerintah hari ini, manakala pihak berkuasa menyalahkan pekerja kerana melakukan aktivitik kimpalan secara haram.

    Agensi berita Xinhua melaporkan, kebakaran itu berlaku di sebuah kilang di Bandar Anyang dalam Wilayah Henan tengah hari semalam.

    Pasukan penyelamat menerima aduan kebakaran itu pukul 4.22 petang (waktu tempatan) di kilang milik Anyang Kaixinda Trading Co., Ltd.

    “Selepas menerima aduan, pasukan bomba segera mengerahkan anggota-anggotanya ke lokasi kejadian,” demikian menurut stesen televisyen pemerintah, CCTV.

    Menurutnya, api berjaya dipadamkan sekitar pukul 11 malam hari yang sama.

    Rakaman dari lokasi kejadian yang dikongsikan CCTV memaparkan asap tebal berwarna hitam menyelubungi udara dengan sekurang-kurangnya dua jentera bomba berada dalam kedudukan untuk memadamkan api.

    Di samping mangsa yang maut, dua orang dihantar ke hospital kerana kecederaan yang tidak mengancam nyawa, lapor akhbar pemerintah, People’s Daily.

    Pihak berkuasa berkata, suspek-suspek penjenayah berkaitan kebakaran itu telah ditahan.

    CCTV kemudian melaporkan bahawa siasatan awal mendapati kebakaran itu dicetuskan oleh aktiviti kimpalan elektrik berikutan pekerja -pekerja melanggar langkah keselamatan. – SUMBER: AFP

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePakej umrah, haji Andalusia-BSN sasar RM100 juta
    Next Article Scaloni dituduh gila kerana tidak turunkan tonggak Manchester United, Lisandro Martinez
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.