Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ahli Parlimen BN bermesyuarat tentukan pendirian sokong PH atau PN
    Politik

    Ahli Parlimen BN bermesyuarat tentukan pendirian sokong PH atau PN

    adminBy admin22/11/2022Updated:22/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Suasana di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pagi ini mula meriah dengan ketibaan pemimpin dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ketika kemelut pembentukan kerajaan dan pemilihan Perdana Menteri Ke-10 dijangka mencapai kemuncak hari ini.

    Pimpinan dan Ahli Parlimen daripada semua parti komponen BN akan bermesyuarat bagi memutuskan sama ada gabungan itu, yang memperoleh 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), akan menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.

    Setakat jam 10 pagi tadi, tiga Ahli Parlimen BN dilihat masuk ke WTC KL untuk menghadiri mesyuarat berkenaan, antaranya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menang kerusi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Turut dilihat hadir, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup; Timbalan Presiden MCA, Datuk Mah Hang Soon serta Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon.

    Ia disusuli Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Ser M Saravanan.

    Ditanya mengenai agenda mesyuarat hari ini, Sin Woon memaklumkan, BN akan memutuskan pendirian gabungan berkait pembentukan kerajaan pasca PRU15.

    “Untuk putuskan (pendirian BN),” katanya ringkas kepada pemberita.

    Semalam, Ahli Parlimen dan pimpinan tertinggi PH hadir ke Hotel Seri Pacific di sebelah Ibu Pejabat UMNO untuk berunding dengan pimpinan UMNO dan BN mengenai kerjasama kedua-dua gabungan yang diketahui umum bermusuh itu bagi membentuk kerajaan perpaduan.

    Ia susulan Yang di-Pertuan Agong menitahkan parti dan gabungan politik yang berjaya membentuk kerjasama bagi memperoleh sekurang-kurangnya majoriti mudah 112, untuk menamakan calon Perdana Menteri Ke-10 sebelum jam 2 petang ini.

    Pada PRU15, tiada mana-mana pihak berjaya memperoleh 112 kerusi Parlimen, menyebabkan tiada pihak dapat membentuk kerajaan sehingga hari ini. Tiga blok utama, iaitu PH menang jumlah kerusi tertinggi 82, diikuti PN dengan 73 dan BN mendapat 30 kerusi. SUMBER: BERITA HARIAN.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePasca PRU15: Tuan Ibrahim-Wan Rosdy adakan perbincangan
    Next Article Pekerja penyelamat gigih cari mangsa gempa bumi
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.