Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kerjasama BN-PH di Perak tidak melalui mesyuarat MKT
    Politik

    Kerjasama BN-PH di Perak tidak melalui mesyuarat MKT

    adminBy admin22/11/2022Updated:22/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno didesak mengadakan mesyuarat dalam masa segera untuk membolehkan semua ahli mengetahui perkembangan yang berlaku dalam parti itu.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Dato’ Seri Md Alwi Che Ahmad berkata, beliau juga kesal dengan tindakan menangguhkan mesyuarat MKT pada Ahad lalu sehingga sekarang.

    Malah katanya, keputusan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri di Perak juga tidak melalui proses mesyuarat MKT.

    “Tindakan sebegini tidak mengikut proses yang sepatutnya kerana perlu terlebih dahulu untuk berbincang sebelum sebarang keputusan dibuat. Ia berlaku di luar proses yang sebenar.

    “Malah, tindakan memutuskan untuk kerjasama dengan PH juga merupakan tindakan seolah menampakkan BN tidak boleh terima kekalahan sehingga sanggup untuk kerjasama dengan DAP,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. (Foto atas)

    Md Alwi yang juga Adun Kok Lanas turut meminta Umno agar berlapang dada menerima kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

    “Justeru, Umno perlu terima kekalahan kerana rakyat tidak mahukan kita saat ini, kita perlu menghormati dan kita (Umno) jangan pula jadi barang dagangan sebaiknya kita perlu membaiki dan membersih apa yang perlu,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTepat pilih Mohd Shukri sebagai MB Perlis
    Next Article PN umum calon DUN Tioman esok
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.