KUALA LUMPUR | PAS menyeru semua pihak menghormati keputusan pengundi yang menunaikan tanggungjawab untuk memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berlangsung secara harmoni.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Malaysia kini sedang melalui fasa penting pembentukan kerajaan melalui proses Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
“Justeru, PAS menyeru semua pihak untuk menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam serta menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian dalam negara.
“PAS menegaskan untuk memelihara kestabilan politik dan ekonomi dalam negara.
“eterusnya memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya ‘tidak menangguk di air yang keruh dan jangan sesekali dijolok sarang tebuan’, demi menjaga kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.