Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tepat pilih Mohd Shukri sebagai MB Perlis
    Politik

    Tepat pilih Mohd Shukri sebagai MB Perlis

    adminBy admin22/11/2022Updated:22/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ARAU | Pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu amat tepat.

    Ahli Assabiqun Perlis, Ustaz Yahya Ahmad, 79, berkata kemenangan bergaya PAS melalui PERIKATAN NASIONAL (PN) merupakan hadiah serta ujian Allah SWT khususnya kepada kepimpinan PAS negeri.

    “Pemilihan beliau sebagai Menteri Besar sangat tepat, dia bermula dari bawah dan kemudian naik peringkat demi peringkat sehingga menjadi Pesuruhjaya PAS Perlis.

    “Beliau pernah memegang jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Arau, Ketua Pemuda kemudian sekarang ini rezekinya dapat memegang jawatan utama dalam pentadbiran kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui di Kompleks PAS Perlis di sini, hari ini.

    Yahya juga tidak menyangka PN akan menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu lalu.

    “Kita memang tidak sangka akan menang sampai 14 kerusi, saya pernah bekerja di bawah pentadbiran beliau sebagai penolong setiausaha ketika itu selama tiga penggal.

    “Beliau memang orang baik dan berhikmah ketika menjalankan tugas, jadi apabila sudah menjadi kerajaan ini, kita kena buktikan apa yang kita katakan sebelum ini,” ujarnya.

    Yahya sebagai orang lama PAS Perlis turut menasihati agar kemenangan yang dikecapi itu dapat diisi sebaik mungkin.

    “Mahu pertahankan kemenangan bukan satu perkara yang mudah, nak jadi pembangkang senang saja, apa sahaja yang kita beritahu kepada rakyat sebelum ini hendaklah ditunaikan.

    “Lima tahun bukannya lama, nanti akan diadakan pilihan raya pula, jadi kemenangan ini perlu dipertahankan,” katanya.

    Sementara itu, katanya PAS Perlis perlu mencontohi cara negeri jiran terdekat, iaitu Kedah mentadbir negeri serta pengalaman di Kelantan dan Terengganu.

    “Kita perlu belajar dari Kedah, Kelantan dan Terengganu, bagaimana mereka melaksanakan amanah yang diberikan rakyat. Bagaimana Kelantan berjaya dipertahankan sehingga kini, jadi kita perlu ambil panduan supaya dapat belajar dengan mereka,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTiada Ahli Parlimen BN Sokong Muhyiddin Sebagai PM ke-10 – Dr Zambry
    Next Article Kerjasama BN-PH di Perak tidak melalui mesyuarat MKT
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.