Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » ‘Mana ada PN curi 10 ahli Parlimen BN’
    Politik

    ‘Mana ada PN curi 10 ahli Parlimen BN’

    adminBy admin23/11/2022Updated:23/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PETALING JAYA | Perikatan Nasional (PN) tidak mencuri 10 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), sebaliknya secara sukarela menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10, kata Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

    Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, adalah menjadi hak setiap ahli Dewan Rakyat yang menang pilihan raya seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia untuk memberi sokongan kepada mana-mana ahli Dewan Rakyat untuk dicalonkan menjadi Perdana Menteri.

    “Mana ada istilah curi, tipu nak dapat akuan bersumpah! Mereka beri secara rela hati. Yang menipu adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tipu parti sendiri dan tipu Yang di-Pertuan Agong.

    “Ittaqullah (bertakwalah kepada Allah) Datuk Dr. Asyraf Wajdi! Di mana sifat rujulah (budiman) kamu dalam melawan kemungkaran Zahid Hamidi,” soal beliau dalam hantaran Facebook beliau.

    Terdahulu, Ketua Pemuda BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memuji kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dilihat ‘gentlemen’ atau bersikap budiman dan beradab untuk merintis kerjasama dengan BN berbanding PN yang senyap-senyap mencuri 10 ahli Parlimen parti itu untuk menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

    Kata Asyraf Wajdi, PN masih dengan perangai lama cuba buat ‘dealing’ (berunding) secara senyap-senyap dan mencuri 10 ahli-ahli Parlimen untuk tanda-tangan Surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

    Wan Ahmad Fayhsal kemudian membidas Asyraf Wajidi kerana bukan sahaja membisu seribu bahasa, tetapi juga bersikap bacul untuk menegur Ahmad Zahid yang menipu BN apabila menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

    “Yang dia sampai hari ini membisu seribu bahasa ialah bacul menegur Zahid Hamidi yang jelas menipu Dewan Tertinggi BN dan ahli-ahli Parlimen BN yang jelas menolak Anwar Ibrahim dan DAP dalam membentuk kerajaan,” katanya. – SUMBER: UTUSAN

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePerbincangan khas Raja-raja Melayu esok
    Next Article Hamzah keluar meninggalkan kediaman Muhyiddin
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.