Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Mesyuarat BN tegang isu surat sokong Anwar, MCA gesa Zahid berundur
    Politik

    Mesyuarat BN tegang isu surat sokong Anwar, MCA gesa Zahid berundur

    adminBy admin23/11/2022Updated:23/11/2022No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menjadi sasaran kecaman pada mesyuarat Dewan Tertinggi gabungan itu malam tadi berhubung surat yang dihantarnya ke Istana Negara, menurut sumber.

    Walaupun unit komunikasi BN menafikan surat yang menyatakan sokongan ahli parlimen BN terhadap Pengerusi PH Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri seterusnya sebagai palsu, Presiden MIC SA Vigneswaran mengesahkan bahawa ia adalah sahih.

    Surat itu telah tersebar di media sosial.

    “Beliau (Zahid) mengaku menghantar surat itu selepas 10 ahli parlimen BN menarik balik sokongan mereka kepada (Pengerusi Perikatan Nasional) Muhyiddin (Yassin) dan BN membuat keputusan untuk kekal berkecuali,” kata Vigneswaran kepada Malaysiakini petang ini.

    Dalam satu kenyataan petang ini, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon, juga menyatakan bahawa surat itu adalah sahih, dan berkata “dakwaan dalam surat itu benar-benar tidak selari dengan keputusan yang dibuat oleh Dewan Tertinggi BN”.

    “Dalam kedua-dua mesyuarat itu, dewan tertinggi memutuskan bahawa BN tidak akan menyokong sesiapa sebagai perdana menteri buat masa ini,” katanya.

    Chong berkata MCA dan BN telah menyoal Zahid mengenai perkara itu malam tadi.

    “Pada mulanya, Zahid menafikan, tetapi dia mengaku selepas itu apabila bukti dikemukakan. Zahid telah menentang keputusan kolektif Dewan Tertinggi BN dan tidak menyampaikan dengan betul resolusi BN kepada Yang di-Pertuan Agong.

    “MCA percaya Zahid tidak lagi layak untuk terus menerajui BN, dan kami menggesa peletakan jawatannya sebagai pengerusi, digantikan oleh (Timbalan Presiden Umno) Mohamad Hassan seperti yang dicadangkan semasa mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi,” katanya. .

    Walaupun surat itu menyebut 30 ahli parlimen, Malaysiakini mengetahui hanya 28 yang menandatangani akujanji sebelum PRU untuk memberi mandat kepada Zahid mengadakan rundingan dengan gabungan lain.

    Dua pemimpin Umno yang tidak menandatangani akujanji itu ialah Mohamad dan Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein.

    Menurut sumber PH, termasuk 28 ahli parlimen, gabungan itu mempunyai 116 kerusi, yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

    Malaysiakini juga mendapat tahu bahawa ahli parlimen BN berpecah belah dalam isu sama ada menyokong PH atau PN.

    Sementara itu, sumber BN mendakwa terdapat usaha untuk memecat Zahid sebagai pengerusi malam tadi.

    Bagaimanapun, ia dihalang apabila ahli parlimen Umno yang menunggu di luar memasuki bilik mesyuarat.

    Vigneswaran enggan mengulas mengenai perkara ini.

    Sementara itu, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa mesyuarat itu juga membincangkan tawaran PH kepada BN jika mereka menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

    “Antara tawaran itu ialah jawatan timbalan perdana menteri dan portfolio kanan kabinet lain, termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan,” tambah mereka.

    Pemimpin BN hari ini bertemu dengan Muhyiddin di Hotel St Regis di Kuala Lumpur.

    Semalam, Muhyiddin menolak saranan Agong agar PN dan PH membentuk kerajaan perpaduan.

    Awal hari ini, Zahid mendedahkan bahawa Seri Paduka telah meminta BN menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan semasa menghadap beberapa wakil gabungan itu di Istana Negara.

    BN, yang mengalami kemerosotan pilihan raya terbesar dalam tempoh enam dekad lalu, kini menjadi penentu atau ‘kingmaker’ kerana PH yang mempunyai 82 kerusi, dan PN, yang mempunyai 73 kerusi, memerlukan sokongan ahli parlimen BN untuk mencapai jumlah yang diperlukan iaitu 112 kerusi. SUMBER: MALAYSIAKINI

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePemimpin BN temui PN untuk dapat perincian tawaran – sumber
    Next Article ‘Gulai’ PERIKATAN NASIONAL jadi tarikan rakyat di Melaka
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.