Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pemimpin BN temui PN untuk dapat perincian tawaran – sumber
    Politik

    Pemimpin BN temui PN untuk dapat perincian tawaran – sumber

    adminBy admin23/11/2022Updated:23/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    BN bertemu dengan pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang ini bagi melihat apa yang boleh ditawarkan gabungan terbabit jika mereka diberi sokongan menjadi kerajaan.

    Sumber yang dekat dengan BN memaklumkan, tiada sebarang ketetapan atau keputusan diambil dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira dua jam itu.

    Katanya antara pemimpin BN yang hadir ialah Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, naib presidennya Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Presiden MIC M Saravanan.

    Di pihak PN pula, katanya, pemimpin yang hadir termasuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang (PAS), Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan setiausaha agung parti itu Hamzah Zainudin.

    “Agenda mesyuarat itu ialah bagi membolehkan BN mendapat penjelasan daripada PN apa yang mereka tawarkan dan ia perlu dibuat secara bertulis.

    “Dalam pertemuan itu juga BN menjelaskan apa yang ditawarkan oleh PH,” katanya.

    Kedua-dua tawaran berkenaan, kata sumber berkenaan, akan dibentang dan diteliti dalam dua mesyuarat penting malam ini, iaitu melibatkan Majlis Kerja Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi BN.

    “Keputusan akan dibuat selepas itu,” katanya. SUMBER: MALAYSIAKINI

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKemungkinan tujuh negeri banjir – JPS keluar notis siap siaga
    Next Article Mesyuarat BN tegang isu surat sokong Anwar, MCA gesa Zahid berundur
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.