Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pengesahan serah 115 SD bukti Muhyiddin ada sokongan majoriti
    Politik

    Pengesahan serah 115 SD bukti Muhyiddin ada sokongan majoriti

    adminBy admin23/11/2022Updated:23/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Pengesahan Perikatan Nasional (PN) telah menyerahkan “statutory declaration” (SD) daripada 115 Ahli Parlimen membuktikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

    Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau turut menandatangani SD tersebut pada 20 November lalu.

    “Saya juga gembira dengan pengesahan itu.

    “Saya menyokong sepenuhnya pandangan Muhyiddin berkaitan penubuhan kerajaan pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya dalam satu kenyataan.

    Tambahnya, Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi MPT BERSATU pada 20 November lalu sebulat suara bersetuju memberi mandat dan kepercayaan penuh kepada Muhyiddin untuk mengambil apa-apa keputusan yang perlu untuk membolehkan kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil dibentuk.

    Katanya, Mesyuarat Khas tersebut turut mempertegaskan bahawa BERSATU mencadangkan Muhyiddin menerajui kerajaan selaku Perdana Menteri.

    Terdahulu, Muhyiddin menegaskan gabungan parti itu berpendirian untuk tidak terlibat dengan penubuhan kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).

    Menurutnya, beliau juga telah menandatangani surat dan memilih untuk tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa.

    Muhyiddin juga berkata, gabungan itu menyerahkan dokumen mengandungi akuan berkanun daripada 115 Ahli Parlimen kepada Istana Negara, pada Isnin.

    Muhyiddin berkata, dokumen itu dihantar secara dalam talian dan pihaknya juga sudah menerima akuan penerimaan daripada Setiausaha Sulit Kanan kepada Al-Sultan Abdullah, Datuk Nazim Mohd Alim. Beliau turut menunjukkan surat akuan penerimaan dokumen daripada Istana Negara. – Berita BERSATU

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePintar gesa ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin
    Next Article Lelaki ditahan disyaki rogol kanak-kanak perempuan usia 12 tahun
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.