Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Piala Dunia: Croatia ‘bungkam’ diikat Maghribi
    Sukan

    Piala Dunia: Croatia ‘bungkam’ diikat Maghribi

    adminBy admin23/11/2022Updated:23/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Kedua-dua pasukan gagal memecahkan kebuntuan sepanjang 90 minit aksi peringkat Kumpulan F sebentar tadi. - Foto ihsan FIFA

    DOHA | Finalis Piala Dunia 2018, Croatia memulakan saingan peringkat Kumpulan F dengan langkah sumbang selepas terikat 0-0 ketika bertemu Maghribi pada perlawanan pertama kempen Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt sebentar tadi.

    Pada aksi tersebut, Croatia yang dikendalikan Zlatko Dalic oleh membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan pemain bertaraf bintang seperti Ivan Perisic, Dejan Lovren, Luka Modric dan Mateo Kovacic.

    Morocco yang menduduki ranking ke-22 ketika ini turut meletakkan pasukan terbaik dengan pemain utama seperti Hakim Ziyech, Sofianne Boufal dan Achraf Hakimi diberikan peranan untuk membantu pasukan mencari mata berharga.

    Peluang pertama hadir menerusi gerakan yang dilakukan oleh Perisic pada minit ke-17 tetapi rembatan yang dilakukannya sedikit tersasar.

    Tersentak dengan serangan tersebut, Maghribi turut melakukan serangan ke atas kubu pasukan Croatia tetapi hantaran yang dilakukan oleh Ziyech gagal disudahkan oleh Youssef En-Nesyri.

    Croatia hampir memecah kebuntuan pada penghujung babak pertama tetapi penjaga gol The Atlas Lions, Yassine Bounou tangkas menyelamatkan percubaan yang dilakukan oleh Nikola Vlasic.

    Bersambung pada separuh masa kedua, Maghribi terlebih dahulu menguji gawang Croatia dengan Noussair Mazraoui pada minit ke-51 yang berjaya ditepis oleh penjaga gol, Dominik Livakovic.

    Maghribi semakin ghairah menyerang dan berjaya menguji Livakovic sekali lagi menerusi gerakan set piece hasil rembatan yang dilakukan oleh Hakimi pada minit ke-64.

    Croatia berusaha untuk mendominasi perlawanan dengan melakukan hantaran pendek tetapi gagal melakukan sebarang percubaan bahaya ke atas kubu Maghribi sehingga wisel penamat ditiupkan. – SUMBER: KOSMO! ONLINE

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSiasat segera surat tular Zahid cuba tipu Agong – Tun Faisal
    Next Article Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Canselor UMK
    admin
    • Website

    Related Posts

    Luqman ledak gol pertama bersama Njardvik

    21/04/2023

    PSBNK azam mantapkan sukan Boksing di Kelantan

    14/03/2023

    Liverpool belasah Manchester United 7-0

    06/03/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.