Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Beri sepenuh kepercayaan kepada Majlis Raja-Raja
    Am

    Beri sepenuh kepercayaan kepada Majlis Raja-Raja

    adminBy admin24/11/2022Updated:24/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | PAS menyeru kepada seluruh rakyat memberikan sepenuh kepercayaan kepada institusi istana dan Majlis Raja-Raja untuk menoktahkan kemelut yang sedang melanda negara ketika ini.

    “Insya-Allah, pasti ada hikmah luar biasa untuk rakyat Malaysia. Teruskan berdoa dan bertawakal kepada-Nya,” ujar Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad dalam kenyataan, hari ini.

    Katanya, situasi politik terkini memerlukan kepada pemimpin yang amanah dan bersih untuk menstabilkan semula negara, bukannya mereka yang menipu institusi Raja dan terlibat dalam kes salah laku integriti, terutamanya kes rasuah.

    “Sejarah Islam dan dunia banyak mengajarkan kepada kita bagaimana sebuah negara, termasuklah empayar terbesar dunia jatuh angkara pemimpin yang korup dan gila kuasa,” katanya yang memenangi Kerusi Parlimen Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lalu.

    Menurutnya, Rasulullah S.A.W pernah ditanyakan oleh Abu Dzar tentang apakah maksud Baginda S.A.W apabila menyatakan sekiranya hilangnya sifat amanah, kemudian hadirnya pembalasan, jawab Baginda S.A.W yang bermaksud: “Sekiranya tampuk kepimpinan jatuh kepada orang bukan ahlinya, maka tunggulah hari pembalasan”.

    Beberapa hari ini, ujar beliau kelompok yang mempunyai bibit yang sama sedang giat memainkan naratif mensucikan kluster mahkamah dan seumpamanya demi kuasa.

    Tambahnya, rakyat pula seolah-olah lupa akan kenyataan wujudnya kluster-kluster itu kerana terpengaruh dengan naratif mereka.

    “Bagi PAS dan PERIKATAN NASIONAL, prinsip perjuangan kita jelas. Kita menolak mana-mana individu yang terlibat dalam salah laku integriti.

    “Kita akan kekal konsisten mentadbir negara dengan prihatin, bersih dan stabil. Ini komitmen kita,” tegas beliau.

    Oleh itu, beliau memohon kepada semua ahli PAS dan PERIKATAN NASIONAL, termasuklah rakyat Malaysia yang mengundi PERIKATAN NASIONAL pada PRU15 sehingga menghasilkan satu kemenangan luar biasa, terus bersemangat menantikan berita-berita baik yang akan diumumkan selepas ini.

    “Kita berikan sepenuh kepercayaan kepada institusi istana dan Majlis Raja-Raja yang dipimpin oleh kebijaksanaan KDYMM Yang di-Pertuan Agong untuk menoktahkan kemelut yang melanda,” ujarnya lagi.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAnwar Ibrahim dilantik PM10
    Next Article PAS tunai janji tumbang 20 lembu di Tumpat
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.