Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kelantan perlu RM7 bilion untuk pulihkan bekalan air – Mohd Amar
    Politik

    Kelantan perlu RM7 bilion untuk pulihkan bekalan air – Mohd Amar

    adminBy admin24/11/2022Updated:24/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Kerajaan Kelantan memerlukan RM7 bilion bagi menyelesaikan keseluruhan masalah air yang dihadapi di negeri itu sejak puluhan tahun lalu.

    Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, masalah utama yang dihadapi Kelantan untuk menyelesaikan masalah berkenaan adalah isu kewangan.

    Katanya, pada asalnya, kos untuk masalah itu sebanyak RM2 bilion, namun kini sudah meningkat kepada RM7 bililon.

    “Dalam tempoh 30 tahun, banyak usaha yang dilakukan kerajaan negeri namun kekangan utama yang dialami adalah membabitkan soal kewangan.

    “Menerusi projek migrasi air pada 2016, Kelantan sepatutnya menerima peruntukan RM2 bilion daripada Kerajaan Pusat, namun sayang peruntukan berkenaan tidak ‘turun’ disebabkan isu teknikal dan politik.

    “Justeru pada tahun ini, kos untuk pulihkan bekalan air meningkat kepada RM7 bilion dan kita sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan, di sini, hari ini.

    Terdahulu, Mohd Adhan memaklumkan Kelantan masih dianggap gagal dalam menyelesaikan masalah air kepada rakyat negeri itu apabila sehingga kini tidak mampu menyelesaikannya dan apa usaha yang dilakukan sehingga kini.

    Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor berkata, sekalipun kerajaan negeri mempunyai sejumlah wang berkenaan, mereka memerlukan masa untuk menyelesaikan masalah itu.

    “Bagaimanapun, kita tidak menganggap isu ini sebagai kegagalan kerajaan negeri sebaliknya ia adalah masalah yang perlu kita hadapi.

    “Kita sentiasa berusaha dan bersikap terbuka kerana masalah air sepatutnya sudah lama selesai sekiranya peruntukan diberikan kepada Kelantan,” katanya. SUMBER: HARIAN METRO

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKebangkitan PN dijangka bantu kemenangan di Tioman
    Next Article Kerjasama BN-PH potensi Mohd. Johari pertahan DUN Tioman
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.