Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Rafizi muncul, minta penyokong serta pemimpin elak provokasi
    Politik

    Rafizi muncul, minta penyokong serta pemimpin elak provokasi

    adminBy admin24/11/2022Updated:24/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KAJANG | Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli akhirnya membuat kemunculan selepas membisu sejak keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diumumkan Sabtu lalu.

    Ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan berkata, beliau menyembah takzim kepada Yang di-Pertuan Agong yang telah bertitah memperkenan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang akan mengetuai sebuah kerajaan perpaduan.

    Katanya, seperti mana pimpinan PKR dan Pakatan Harapan (PH) tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sepanjang usaha membentuk kerajaan perpaduan berlangsung, beliau menyeru semua rakyat Malaysia, terutamanya penyokong dan anggota PKR, PH dan rakan-rakan politik menghormati keperluan mendesak untuk meredakan keadaan.

    “Oleh itu, saya menasihatkan supaya tidak ada sebarang perhimpunan oleh mana-mana pihak untuk mengelakkan risiko provokasi.

    “Berhati-hati dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh politik,” katanya di sini tadi.

    Beliau turut menasihati agar berhati-hati dengan sebarang kandungan di media sosial atau pesanan ringkas yang boleh menimbulkan kerisauan atau dijadikan alasan untuk provokasi.

    “Kita semua perlu bergerak ke hadapan dan belajar bekerjasama untuk membina kembali Malaysia, demi masa depan dan kemakmuran setiap rakyat dari semua kumpulan, kaum, negeri dan latar belakang,” ujarnya.

    Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

    Ahli Parlimen Tambun itu akan menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada pukul 5 petang ini. – SUMBER: KOSMO! ONLINE

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAnwar angkat sumpah petang ini
    Next Article 2 hari terperangkap di bawah runtuhan, budak 6 tahun ditarik keluar di sisi mayat nenek
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.