Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Piala Dunia: AS bimbang kualiti dimiliki Bukayo Saka
    Sukan

    Piala Dunia: AS bimbang kualiti dimiliki Bukayo Saka

    adminBy admin25/11/2022Updated:25/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    SAKA berpeluang menyamai pencapaian Owen meledak gol dalam dua aksi di Piala Dunia berturut-turut jika berjaya merekodkan jaringan menentang AS nanti. – AFP

    AL KHOR | Penjaga gol Ame­rika Syarikat (AS), Matt Turner bimbang dengan ancaman yang mampu diberikan pemain sayap England, Bukayo Saka menjelang aksi kedua-dua pasukan di Stadium Al Bayt awal pagi esok.

    Dua pemain Arsenal itu ber­aksi cemerlang bersama negara masing-masing pada aksi per­tama Kumpulan B selepas Tur­ner membantu AS mencatat seri 1-1 dengan Wales.

    Saka pula berada dalam kelas tersendiri apabila diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan selepas meledak dua gol buat England dalam kemenangan 6-2 ke atas Iran.

    Dua jaringan itu memboleh­kan Saka muncul pemain ter­muda buat The Three Lions meledak dua gol di pentas Piala Dunia pada usia 21 tahun 77 hari.

    Kini, Saka berpeluang menjadi pemain termuda England pada usia 21 tahun meledak gol dalam dua aksi berturut-turut di kejohanan antarabangsa sejak Michael Owen melakukannya pada 2002 ketika berusia 22 tahun.

    Situasi tersebut membimbangkan Turner kerana penjaga gol berusia 28 tahun itu sememangnya mengetahui kualiti dan kemampuan Saka memandangkan mereka berlatih bersama di Arsenal.

    “Jelas sekali dia (Saka) adalah bintang muda bola sepak masa kini. Dia juga berupaya menja­ringkan gol dalam pelbagai cara dan perkembangannya kini sa­ngat bagus.

    “Saya baru bersamanya beberapa bulan, tetapi permainannya meningkat begitu menakjubkan. Anda tidak perlu beritahu saya bahawa dia akan menjadi ancaman utama buat kami,” katanya. –SUMBER: AGENSI

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleElizabeth Tan derita autoimun, risau susah hamil
    Next Article Piala Dunia: Croatia sedia bangkit buru kemenangan dua aksi berbaki
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.