Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Piala Dunia: Croatia sedia bangkit buru kemenangan dua aksi berbaki
    Sukan

    Piala Dunia: Croatia sedia bangkit buru kemenangan dua aksi berbaki

    adminBy admin25/11/2022Updated:25/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    MODRIC (kanan) percaya bahawa pasukannya mampu memberikan aksi lebih baik selepas terikat tanpa jaringan menentang Maghribi. – AFP

    AL KHOR | Kapten Croatia, Luka Modric tetap yakin de­ngan peluang mereka pada Piala Dunia 2022 meskipun sekadar seri tanpa jaringan menentang Maghribi di Stadium Al Bayt kelmarin.

    Keputusan itu sememangnya satu kejutan memandangkan Croatia mengharungi kempen kali ini dengan status selaku naib juara edisi Piala Dunia 2018 di Russia.

    Bagaimanapun, Modric, 37, percaya mereka akan bangkit menunjukkan prestasi sebenar dalam dua baki aksi Kumpulan F menentang Kanada (28 November) dan Belgium pada 1 Disember ini.

    “Croatia akan menjadi lebih baik apabila menghadapi perlawanan kedua. Kami tidak datang ke sini hanya sekadar untuk melengkapkan penyertaan.

    “Impian kami cukup tinggi, tetapi kami mengambilnya satu demi satu perlawanan. Jangan salah faham kerana objektif kami lebih besar daripada hanya melepasi peringkat kumpulan,” katanya.

    Perancang tengah Real Mad­rid itu muncul pemain paling tua Croatia pada usia 37 tahun 75 hari membuat penampilan di pentas Piala Dunia.

    Modric juga mencipta nama selaku pemain pertama yang ber­aksi dalam kedua-dua saingan Kejohanan Euro dan Piala Dunia sepanjang tiga dekad.

    Begitupun, bekas pemenang Ballon d’Or 2018 itu masih belum berpuas hati dengan rekod individu tersebut selagi tidak berjaya memastikan Croatia menjulang gelaran Piala Dunia. – SUMBER: AGENSI

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePiala Dunia: AS bimbang kualiti dimiliki Bukayo Saka
    Next Article Piala Dunia: Jerman bagai sudah hilang kemahuan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Luqman ledak gol pertama bersama Njardvik

    21/04/2023

    PSBNK azam mantapkan sukan Boksing di Kelantan

    14/03/2023

    Liverpool belasah Manchester United 7-0

    06/03/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.