Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sebarang pelantikan dalam kabinetnya tidak akan dibuat sebagai “ganjaran” bagi sokongan membentuk kerajaan.
Anwar berkata, ini selaras dengan hasratnya untuk mengurangkan saiz Kabinet, tidak seperti di bawah pentadbiran terdahulu.
“Tetapi saya tetap memperkecilkan anggota Kabinet dan tidak mahu melantik lebih 70 menteri untuk memberi ganjaran kerana menyokong saya.
“Saya mahu mereka menyokong saya dengan dasar yang dibawa dan komitmen anti-rasuah, serta meningkatkan ekonomi negara,” katanya pada sidang media di Putrajaya.
Anwar berkata demikian ketika ditanya bila beliau akan mengumumkan barisan kabinetnya. SUMBER: freemalaysiatoday.com