Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ronaldo belanja rakan-rakan sepasukan makan malam
    Sukan

    Ronaldo belanja rakan-rakan sepasukan makan malam

    adminBy admin27/11/2022Updated:27/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Anggota-anggota skuad bola sepak Piala Dunia Portugal makan malam di sebuah restoran di Pulau Al Maha, Qatar baru-baru ini. - Foto FPF

    DOHA | Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan membawa rakan-rakan dalam skuad Piala Dunia negaranya keluar untuk makan malam di sebuah restoran di Pulau Al Maha, Qatar baru-baru ini, lapor Daily Mail pada Sabtu.

    Sebelum makan malam itu, beliau membantu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dalam kemenangan pembukaan ketika Portugal menang 3-2 ke atas Ghana menerusi perlawanan pertama sejak penyingkirannya secara tidak sengaja dari kelab Manchester United di Old Trafford, England.

    Ia berlaku ketika Portugal berusaha untuk memenangi Piala Dunia buat kali pertama.

    Anggota-anggota pasukan Portugal telah bersatu selepas mereka bergambar semasa makan malam itu sekali gus menghabiskan masa bersama selepas ketua jurulatih skuad negara tersebut, Fernando Santos memberi mereka rehat daripada menyertai latihan.

    Menurut El Espanol, Ronaldo membawa rakan sepasukannya keluar untuk makan malam di restoran Tatel de Doha yang baru dibuka di pulau tersebut dan mempunyai kaitan dengan bintang berusia 37 tahun itu.

    Ini kerana Tatel de Doha adalah milik Mabel Hospitality iaitu sebuah syarikat yang menguruskan restoran-restoran di seluruh dunia, manakala bintang bola sepak tersebut merupakan salah seorang rakan perkongsiannya.

    Anggota-anggota skuad bola sepak itu termasuk Ronaldo keluar sehingga jam 11.30 malam waktu tempatan sebelum pemain-pemain berkenaan menaiki bas mereka sendiri untuk pulang ke pusat penginapan mereka. – SUMBER: Agensi

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTiada cuti khas hari pengundian Parlimen Padang Serai
    Next Article Padang Serai kayu ukur gelombang PN
    admin
    • Website

    Related Posts

    Luqman ledak gol pertama bersama Njardvik

    21/04/2023

    PSBNK azam mantapkan sukan Boksing di Kelantan

    14/03/2023

    Liverpool belasah Manchester United 7-0

    06/03/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.