KOTA BHARU | Kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM1.75 juta dalam Belanjawan 2023 bagi tujuan keharmonian dan perpaduan kaum di negeri itu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, saban tahun kerajaan negeri Kelantan tidak pernah ketinggalan menganjurkan program perayaan dan kebudayaan masyarakat antara kaum seperti Tahun Baharu Cina, Pesta Tanglung dan Pesta Songkran (Masyarakat Siam).
Katanya, walaupun komposisi kaum lain yang minoriti iaitu 2.4 peratus bagi kaum cina, 0.3 % kaum India, 0.6 % kaum Siam dan lain-lain, kerajaan negeri tetap memastikan kepentingan, keharmonian dan kerukunan hidup masyarakat antara kaum di Kelantan.
“Kerajaan ,,negeri juga menubuhkan Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA) sejak 2017.
“Antara peranan PEKA ialah merangka,merancang dan melaksana agenda perpaduan serta pembangunan kaum yang pelbagai di Kelantan, khususnya Cina, India, Siam dan Orang Asli.
“Inisiatif dan program yang dilaksana kerajaan negeri menjamin kebebasan beragama dan mengamalkan budaya masing-masing seterusnya mengukuhkan perpaduan kaum,” katanya di sini.