Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 1,000 pelajar sertai Temasya Sukan PASTI Ke-31
    Am

    1,000 pelajar sertai Temasya Sukan PASTI Ke-31

    adminBy admin29/11/2022Updated:29/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SANDAKAN | Sebanyak 16 PASTI di sini menyertai Temasya Sukaneka PASTI Ke- 31 di Kompleks Sukan Sandakan, kelmarin.

    Temasya penuh warna-warni itu melibatkan hampir 1,000 pelajar yang mengambil bahagian dalam sembilan acara yang dipertandingkan. Ini termasuk lari 4 x 50 meter, lari ikat kaki, perbarisan, pakaian unik, sepanduk tercantik, isi air dalam botol dan getah berpindah.

    Menariknya tahun ini, sukaneka tersebut membawa tema buah-buahan tempatan yang membolehkan pelajar mengenal jenis-jenis buah-buahan tempatan di negara ini.

    Menurut Pengarah Sukaneka, Sukriadi Osman, temasya tahun ini diadakan selepas dua tahun PASTI tidak melaksanakannya.

    “Temasya ini juga adalah medan untuk kita menanamkan semangat kesukanan tinggi dalam kalangan pelajar serta dapat mengeratkan ukhuwah antara warga PASTI.

    Berucap ketika merasmikan temasya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid yang menyentuh sejarah penubuhan PASTI di Sandakan.

    Menurutnya, langkah awal menubuhkan PAS di Sabah adalah dengan mewujudkan PASTI di negeri ini sejak tahun 1989 sehinggal berkembang pada tahun ini.

    “PASTI akan terus diperkasakan walaupun PAS tidak menerajui kuasa pemerintahan sekali pun,” katanya.

    Temasya kali ini menobatkan PASTI Abdul Rahman Bin Auf, Taman Rimba sebagai juara keseluruhan, sementara naib juara dan tempat ketiga masing-masing dirangkul oleh PASTI Ubay Bin Ka’ab, Taman Permata dan PASTI Ammar Bin Yasir, Kampung Gum-Gum.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleJDT pasukan ‘underdog’ musim depan – TMJ
    Next Article Pelajar Politeknik ditemui lemas
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.