Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Lebih 400 buruh asing maut ketika projek Piala Dunia Qatar
    Global

    Lebih 400 buruh asing maut ketika projek Piala Dunia Qatar

    adminBy admin01/12/2022Updated:01/12/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    DOHA | Lebih 400 pekerja asing maut dalam beberapa kemalangan buruh di Qatar sepanjang tempoh menjelang Piala Dunia 2022, kata seorang pegawai kanan acara itu.

    Ketua Jawatankuasa Penganjur, Penghantaran dan Warisan Qatar, Hassan Al-Thawadi memberikan statistik itu menerusi satu temu bual dengan media Britain apabila ditanya mengenai jumlah buruh yang mati melibatkan kerja-kerja berkaitan Piala Dunia.

    Menurutnya, respons itu merujuk kepada statistik kebangsaan yang meliputi tempoh 2014 hingga 2020 bagi semua kematian berkaitan kerja di Qatar. Ia merangkumi semua sektor dan kewarganegaraan.

    Hassan berkata, angka sebenar masih sedang dibincangkan oleh jawatankuasa penganjur.

    “Anggaran adalah antara 400 hingga 500 kematian. Saya tidak mempunyai angka yang tepat, ia masih dibincangkan.

    “Satu kematian adalah terlalu banyak, ia semudah itu,” katanya.

    Tambah Hassan, setiap tahun, piawaian kesihatan dan keselamatan ditambah baik di tapak-tapak pembinaan di negara itu.

    “Sekurang-kurangnya bagi pihak kami, di tapak-tapak pembinaan berkaitan Piala Dunia. Ia dilaksanakan dengan baik sehinggakan ada kesatuan sekerja (memuji) kerja-kerja yang dilakukan di tapak Piala Dunia serta penambahbaikan tersebut,” ujarnya.

    Keadaan sektor buruh di Qatar dikritik hebat terutamanya dalam projek-projek pembinaan berskala besar yang telah mengubah negara Teluk kecil tersebut dalam tempoh beberapa dekad.

    Doha tidak pernah memberikan angka tepat bagi bilangan kematian melibatkan buruh asing walaupun ia telah menafikan dakwaan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia bahawa ribuan orang meninggal dunia.

    Jawatankuasa Tertinggi sebelum ini menegaskan bahawa hanya 37 orang pekerja yang terlibat dalam projek Piala Dunia maut, dengan hanya tiga adalah kemalangan berkaitan tempat kerja sejak pembinaan bermula pada 2014, lapor laman berita Wion News.

    Namun, akhbar The Guardian melaporkan tahun lalu bahawa 6,500 buruh asing dari India, Pakistan, Nepal, Bangladesh dan Sri Lanka telah mati melibatkan kerja-kerja infrastruktur Piala Dunia. – SUMBER: AFP

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article12,553 kanak-kanak di Indonesia dijangkiti HIV
    Next Article Kabinet baharu gambarkan negara tak serius tangani rasuah
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.