Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Lelaki Belgium simpan 50 kereta Porsche dalam garaj
    Global

    Lelaki Belgium simpan 50 kereta Porsche dalam garaj

    adminBy admin03/12/2022Updated:03/12/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Seorang lelaki berketurunan Belgium, Johan-Frank Dirickx mempunyai koleksi kira-kira 50 buah kereta Porsche yang disimpannya di dalam sebuah garaj di Antwerp, lapor portal berita newsroom pada Khamis.

    Dirickx memulakan koleksinya dengan sebuah Porsche berwarna kuning iaitu 911 Carrera RS 2.7 liter dan sejak itu minatnya terhadap jenama berkenaan semakin mendalam dan sehingga kini dia mempunyai 50 buah kereta itu.

    Dia memberitahu majalah Porsche Christophorus: “Datuk saya memandu kereta sport British tetapi tidak merasakan ia praktikal untuk kegunaan harian. Saat itu mengubah segala-galanya.”

    Porsche merupakan kereta sport keluaran Jerman dan syarikat automotif itu diasaskan di Stuttgart, Jerman pada tahun 1930an.

    Datuk lelaki itu mula membeli Porsche berpandukan kepada naluri cucunya.

    Apabila kereta Carrera RS 2.7 berwarna kuning terang menyertai barisan pembelian datuknya, dia mula menyedari telah ketagih secara rasmi terhadap kenderaan Porsche, kata Dirickx.

    Sebaik sahaja dia lulus ujian memandunya, datuknya membenarkan dia memandu sendiri kereta 911 daripada jenama itu dan dia kemudian membeli Porsche pertamanya iaitu 911 T terpakai ketika baru sahaja berusia 18 tahun.

    Bagaimanapun, tanpa bajet untuk baik pulih, dia terpaksa menjual kereta itu semula tidak lama kemudian.

    Namun, Dirickx tidak mempunyai pilihan selain menikmati kenderaan datuknya semasa belajar dalam bidang ekonomi dan kini dia telah membina koleksi kereta tersebut sehingga kepada kira-kira 50 buah yang mempunyai warna berbeza, tahun, enjin dan nilai yang berlainan. – SUMBER: Agensi

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleGempa bumi kuat gegar Garut, tiada tsunami
    Next Article Calon PN yakin PH hilang undi bukan Melayu di Padang Serai
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.