KUALA LUMPUR | PAS amat kesal dengan tuduhan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membayangkan kononnya dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang dari syarikat perjudian.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menafikan tuduhan itu dan menyifatkan ianya berunsur fitnah.
Katanya, tuduhan tersebut langsung tidak berasas.
“PAS menuntut Perdana Menteri memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada.
“Sekiranya gagal PN akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak- pihak yang memfitnah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.
Anwar berkata Kementerian Kewangan juga mendapati “pelanggaran” dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.