Kerajaan dicadang meluluskan peruntukan khas sebanyak RM250,000 bagi setiap Senator untuk diagihkan dalam pelbagai bentuk kepada mangsa-mangsa banjir, terutamanya di Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Senator dari BERSATU, Datuk Razali Idris berkata cadangan ini juga mendapat sokongan suara daripada ahli-ahli Senator yang lain.
“Saya memohon jasa baik kerajaan agar diberi RM250,000 setiap Senator untuk bantu mangsa banjir.
“Dulu zaman COVID19, kami mendapat RM300,000 seorang untuk bantu penduduk yang memerlukan.
“Saya tak nak buat perbandingan dengan kerajaan dahulu. tetapi saya nak mohon di sini supaya Menteri Kewangan memberikan peruntukan kepada YB-YB Senator untuk sama-sama turun ke bawah untuk bantu apa yang perlu,” katanya ketika menyokong Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022, membabitkan perbelanjaan perkhidmatan RM107.72 bilion, di Dewan Negara, pada Rabu.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau akan membawa cadangan itu kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.