Skuad Harimau Malaya membawa bekalan tipis untuk beraksi pada separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, setelah menundukkan Thailand 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi (7 Januari 2023).
Tanpa menunggu lama, penyerang lincah Harimau Malaya melengkapkan hantaran V Ruventhiran pada minit ke-11 untuk menggegarkan gawang juara bertahan itu.
Skuad bimbingan Kim Pan Gon kemudiannya terpaksa mempamerkan aksi bertahan yang berani untuk menghalang skuad Gajah Perang daripada menyamakan kedudukan.
Skuad Harimau Malaya berterima kasih kepada penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamad kerana melakukan beberapa penyelamatan hebat untuk menafikan nafsu pasukan Thailand.
Namun, kebuntuan jentera serangan skuad Gajah Perang berterusan selain skuad Harimau Malaya juga perlu berterima kasih kepada barisan benteng pertahanan termasuk penjaga gol, Ahmad Syihan yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya.
Malaysia kini membawa bekalan tipis untuk perlawanan kedua di Stadium Thammasat pada Selasa (10 Januari 2023).
Skuad Harimau Malaya perlu mengelak kekalahan pada perlawanan kedua untuk menempah tempat di final menentang Vietnam atau Indonesia.
Suasana gamat dalam tempoh lima minit masa kecederaan yang diberikan pegawai perlawanan apabila seluruh stadium bergema dengan sorakan penyokong Harimau Malaya, sekali gus menyaksikan keputusan 1-0 berjaya dipertahankan anak buah Kim Pan Gon hingga tamat permainan.
Thailand yang juga juara enam kali Piala AFF cuba bangkit mendapatkan jaringan penyamaan, bagaimanapun beberapa gerakan yang diatur mereka berjaya dipatahkan barisan pertahanan skuad Harimau Malaya diketuai Brendan Gan.- Agenda Daily