Beberapa dakwaan dibuat terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, kononnya bekas Perdana Menteri kelapan itu melakukan penyelewengan dana kerajaan, hanyalah bertujuan memberi imej buruk kepada Perikatan Nasional (PN) menjelang enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Namun, keberanian Muhyiddin yang juga Ketua Ahli Parlimen PN bangun menafikan beliau melakukan penyelewengan itu pada sidang Dewan Rakyat hari ini (15 Februari 2023), menjadikan individu yang membuat tuduhan terhadapnya pula perlu dipanggil untuk disiasat.
Pengendali laman Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin berkata tuduhan penyelewengan sebanyak RM300 juta itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun sehingga kini belum berjaya dibuktikan.
“Muhyiddin berani berdiri di dalam Parlimen menafi yang dia curi RM300 juta ialah kerana memang benar dia tidak curi. Ada orang kata Muhyiddin sudah lari ke England… Muhyiddin tak berani balik ke Malaysia. Hari ini terbukti ianya adalah fitnah.
“Macam mana kalau Muhyiddin lari ke England tak berani balik, kerana takut ditangkap dia, (tiba-tiba) dia boleh berucap di dalam Parlimen. Ini adalah fitnah yang dikeluarkan oleh geng-geng anti-Perikatan Nasional .
“Banyaklah fitnah ni… saja nak beri imej buruk kepada Perikatan Nasional, (untuk mewujudkan) satu persepsi bahawa Perikatan Nasional parti perompak, pencuri, penyamun dan sebagainya supaya pengundi tolak PN dalam enam pilihan raya negeri yang akan diadakan,” kata Raja Petra dalam kenyataannya menerusi YouTube hari ini.
Menurutnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula melakukan siasatan setelah isu itu dibangkitkan Anwar yang mendakwa Muhyiddin menerima RM300 juta daripada beberapa kontraktor yang mendapat projek kerajaan.
Namun, Raja Petra mempertikaikan dakwaan Anwar itu dengan mengatakan akaun Bersatu yang dibekukan hanya mempunyai RM20 juta.
“Kalau hanya RM20 juta dalam akaun, macam mana Anwar ini sebagai Perdana Menteri boleh menghukum yang ada RM300 juta dalam bank… banyak bezanya.
“Dan sekarang ni mereka ada masalah. Sebab apabila mereka beku akaun bank parti Bersatu dan yang hanya ada cuma RM20 juta, padahal Anwar umum RM300 juta.
“Jadi sekarang ni mereka buat pusingan U pula. Dia kata RM300 juta ni bukan dalam bank. Dalam bank memang RM20 juta sahaja. Tapi RM300 juta ini adalah wang tunai. Bukan dalam bank. Akaun bank telah dibeku. Sekarang kata RM300 juta tunai pula.
“Jadi nampak cerita dia bertukar-tukar. Dari RM600 bilion (jadi) RM530 bilion… RM92 bilion… RM35 bilion… RM300 juta… (tapi) dalam akaun bank yang dibeku ada RM20 juta… sekarang kata RM300 juta itu adalah cash, bukan dalam bank.
“Jadi mana dia (Anwar) tahu RM300 juta cash kalau tak ada bukti, tak ada hitam putih. Duit itu tak duduk dalam bank jadi duit itu tidak ada rekod, tidak ada hitam putih. Tidak boleh dikesan sebab cash. So mana dia tahu RM300 juta cash?,” katanya.
Raja Petra juga hairan bagaimana Anwar boleh tahu bahawa RM300 juta itu adalah wang tunai yang telah diberikan kepada Bersatu dan telah dibelanjakan untuk pilihan raya
“Jadi mustahil mereka boleh tahu benda yang ghaib. Benda yang tidak boleh nampak… benda yang tidak ada bukti, tidak ada hitam putih, tidak ada rekod tapi dia (Anwar) tahu.
“Jadi sekarang ini SPRM telah diarah untuk membuat satu ‘fishing expectation’… maknanya pergi mengail (melakukan fishing expedition – ekspedisi memancing)… cuba tangkap ikan. Sebab apa fishing expedition? Sebab dia orang nak cuba kot kot boleh terjumpa (RM300 juta). Manalah tahu.
“(Biasanya) kalau kita pergi fishing expedition ini kita letak mata kail atau pukat kita ke dalam laut… manalah tahu kot… nak cuba kot-kot boleh tertangkap ikan. Dan kalau tertangkap ikan untunglah.
“Jadi SPRM diarah panggil Muhyiddin untuk keterangan dia diambil dan beberapa kontraktor… dikatakan 10 kontraktor juga akan dipanggil… kemungkinan beberapa pemimpin lain lagi termasuk daripada PAS atau Bersatu akan juga dipanggil untuk keterangan mereka diambil.
“(Ini termasuk) bertanya mereka tentang RM300 juta (tunai)… manalah tahu tersilap cakap boleh digunakan sebagai kenyataan sah.
“Mana mereka tahu Muhyiddin ambil RM300 juta jika tiada dalam bank? Tiada hitam putih… tiada bukti. Sebab Perdana Menteri yang kata.
“Mana Perdana Menteri tahu jika wang itu tiada dalam bank?,” katanya.
Oleh itu, Raja Petra berkata sekarang ini individu yang sepatutnya dipanggil memberi keterangan dalam siasatan SPRM ialah Anwar sendiri kerana dia yang membuat tuduhan itu.
“So sebab tu Anwar, bukan Muhyiddin yang dipanggil… sebab Muhyiddin telah menafikan di Parlimen hari ini. So, biarlah Anwar yang memberi penerangan kepada SPRM… bagaimana anda tahu Muhyiddin curi RM300 juta?… adakah anda mempunyai bukti?,” katanya sambil menegaskan bahawa SPRM hanya melakukan ekspedisi memancing dengan harapan mendapat ikan. – Agenda Daily