KOTA BHARU | Khalifah Nasional Malaysia menyeru anak-anak muda Melayu menjadikan jutawan hartanah, Datuk Mohamad Azlan Al-Amin sebagai ikon mereka untuk bangkit berjaya.
Pemangku Presidennya, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, hal ini kerana, kehidupan jutawan hartanah itu merupakan satu contoh terbaik untuk bangkit daripada kemiskinan.
“Beliau (Mohd Azlan) bermula sebagai pemungut sampah dan dengan tekad yang tinggi serta bermodalkan sebidang tanah, beliau berjaya bangkit.
“Hari ini beliau digelar sebagai seorang jutawan hartanah kerana bidang yang diceburinya itu memberikan hasil yang cukup lumayan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Dr Mohd Fared berkata, anak muda Melayu sepatutnya meniru cara jutawan hartanah tersebut dari segi ketahanan mental dan semangat mengubah nasib diri.
Katanya, dalam keadaan suasana ekonomi yang tidak stabil dan sederhana, anak muda tidak seharusnya menjadikan kerajaan sebagai sandaran semata.
“Usaha perlu ada dan tidak bergantung kepada kerajaan sepenuhnya kerana hanya kita yang mampu mengubah nasib sendiri.
“Saya sendiri secara peribadi berkesempatan untuk bertemu dengan Mohd Azlan dan mendengar kisah kejayaannya dan saya amat mengagumi beliau,” katanya.
Mengulas mengenai kemelut yang menghantui jutawan hartanah tersebut, Mohd Fared berkata biarlah ia diselesaikan secara baik.
“Saya difahamkan Mohd Azlan telah mengambil tindakan saman terhadap pihak yang mengeluarkan fitnah dan saya berharap perkara tersebut dapat diselesaikan tidak lama lagi.
“Mohd Azlan juga memberi kepercayaanya kepada saya untuk menjadi orang tengah atau pendamai kepada apa-apa perkara yang telah berlaku.
“Untuk itu, kepada golongan belia diluar sana, rebutlah peluang dalam bidang perniagaan dan jadikan jutawan Melayu ini sebagai ikon anda,” katanya.
5 Comments
terbaik dato sri fared ghani
Ikon pebenda jutawan hutang keliling pinggang
Jadikan ikon….??? Ermmm….kene Tanya dua² pihak…jgn ambil cerita dr 1 pihak je….
Sila ke facebook = Che Wan Al Alakazam
-Koperasi azlan Al amin = gagal
-syarikat ombak murni = gagal
-Pecah lot tanah = gagal
-Refund Duit pembeli = gagal
-memiliki helicopter = tipu
-Bermula dr pengutip sampah juga tipu…kerana pada tahun 2009 Ada usahakan ladang jagung..
-dan byk lagi penipuan yg dilakukan oleh azlan Ali…