Presiden Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia ( MFMP), Datuk Sri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani telah menerima pengiktirafan menerusi Lencana Sayap Kehormat Polis Diraja Thailand baru-baru ini.
Pengiktirafan berserta sijil itu diberikan disebabkan jasa serta jawatanya yang dipegang Dr.Mohd Fared di negara Gajah Putih tersebut.
Pemakaian Lencana Sayap Kehormat itu telah disempurnakan oleh Ketua Polis Chenek Thailand, Kolonel Narawee Waearong dan turut hadir bekas Ahli Politik Daerah Takbai , Zainuddin Yunus serta Naib Presiden Sukan Boksing Negeri Kelantan Zulmazi Mahamod.
Antara jawatan kini dipegang oleh Mohd Fared adalah sebagai Ketua Urusetia Muaythai Thai-Malay 4 Zon yang melibatkan 76 wilayah di Thailand.
Dalam pada yang sama beliau turut dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Muaythai Wanita Profesional 14 Wilayah di Thailand.
Beliau juga banyak melakukan kerja2 amal NGO di Thailand.
Menurut Mohd. Fared, pelantikan itu merupakan penghargaan besar baginya selepas menjadi aktivis Muay Thai di negara ini.
Katanya, beliau yang juga rakyat Malaysia pertama menjadi penganjur yang sering menganjurkan pertandingan besar di Thailand.
Bagi mana-mana peninju di Malaysia atau dari luar negara ingin menyertai pertandingan di Thailand perlu mendapat kelulusan daripada pihaknya. Begitu juga peninju Thailand yang ingin ke Malaysia dan luar negara.